Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan UMNO 2009

Berikut adalah sebahagian daripada keputusan pemilihan UMNO 2009.Tahniah kepada yang menang.Diharap barisan baru UMNO ini dapat memantapkan lagi parti.Kepada yang kalah,teruskan perjuangan anda untuk agama,bangsa dan negara.Hapuskan politik WANG!Perjuangan belum selesai...

Thursday, March 26, 2009

PDRM's Evolution X



Nampak gah!!Itulah yang dapat diluahkan jika melihat kereta peronda PDRM yang terbaru,Mitsubishi Lancer Evolution X(EVO-10).Kereta peronda berkuasa tinggi yang baru dilancarkan itu dilengkapi dengan enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo dengan transmisi manual lima kelajuan.Nampaknya sesuai sangat PDRM menggunakan kereta ni sebab kereta penjenayah sekarang semakin laju.

Sunday, March 22, 2009

Glory!Glory!Glory!


Kekecewaan jelas kelihatan kat muka2 penyokong "Setan Merah" semalam.Glory!Glory! la sgt...Bajet2 menang besar la.Tapi sebaliknya..Kesian...Dah la kalah.Mengamuk plak kat padang.Macam tak dapat terima je kekalahan..Rilek la wahai "Encik" yang dapat kad merah tu.Kalau nak main baling2 bola,main la bola baling..Merah muka penyokong2 fanatik manU aku tengok kat "Hakim" semalam.Ada yang bajet menang 2-0.Ada yang bajet menang 4-0.Tapi apa kan daya........Jangan marah..peace!!

Friday, March 20, 2009

::Champions League Quarter-Final Draw::




Quarter Finals (April 7th-8th, April 14th-15th, 2009)

1. Villarreal vs Arsenal
2. Manchester United vs Porto
3. Liverpool vs Chelsea
4. Barcelona vs Bayern

Semi Finals (April 28th-29th, May 5th-6th, 2009)

5. Winner of Match 2 vs Winner of Match 1
6. Winner of Match 4 vs Winner of Match 3

Final (May 27th, 2009, Rome

Winner of Match 6 vs Winner of Match 5
(Maybe Arsenal VS Liverpool)

Wednesday, March 11, 2009

Sejarah Kuala Berang

Kuala Berang dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat..(sumber:wikipedia)