Friday, April 17, 2009

Exora oh Exora




Inilah MPV buatan Malaysia. Proton Exora.Bertuahnya orang yang bagi nama kat MPV "sulung " proton ni.Tak pasal-pasal dapat MPV free sebuah.Aku pun ada gak bagi nama.Tapi tak berjaya.Tak de rezeki lagi la tu.Nanti kita tunggu lori Proton yang pertama(kalau ada la).Boleh aku cuba bagi nama lagi.Exora berkapasiti 7 tempat duduk.Harga bagi MPV tersebut iaitu RM75,998 bagi Exora Hi-Line 1.6 Automatic, Metallic
dan RM69,998 bagi Exora M-Line 1.6 Automatic, Metallic.Exora menggunakan enjin campro 1.6 CPS.Apa-apa pun tahniah untuk Proton!

Friday, April 3, 2009

Tun Abdullah Ahmad Badawi



Setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, yang merupakan anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Isteri beliau,Datin Seri Jeanne Abdullah pula menerima darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang turut membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong.

Teori RAHMAN terbukti


Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, maka terbuktilah teori RAHMAN yang dah lama kita semua ketahui.Adakah selepas ini ada pula teori yang baru??Sama-samalah kita tunggu.Tahniah kepada Datuk Seri Najib di atas perlantikan tersebut.Perjuangan belum selesai....